01 Februari, 2012

Saya ingin berkongsi pengalaman saya menggunakan Nicon Multiple Cleaning Spray dalam tugasan seharian saya sebagai Juruteknik Komputer. Fungsi Nicon Multiple Cleaning Spray ini adalah untuk mencuci bahagian tertentu pada papan litar elektronik seperti motherboard agar arus elektrik boleh mengalir dengan lancar pada litar tersebut dan menjadikan motherboard itu berfungsi seperti biasa.Cara penggunaan Nicon Multiple Cleaning Spray adalah mudah,anda hanya perlu semburkan spray tersebut kepada papan litar elektronik dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu cuba uji kembali peralatan elektronik anda sama ada berfungsi atau tidak selepas menerima semburan tersebut. Disarankan anda mengambil langkah-langkah keselamatan dalam melakukan tugasan ini kerana ia melibatkan arus elektrik dan merbahaya jika tidak ditangani dengan berhati-hati dan teratur.
Artikel dari Blog.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

MY News

Cari Blog Ini